Solat adalah amalan ibadah yang paling profesional bagi Anatomi tubuh
manusia. Dari sudut pandangan ilmiah, solat ialah gudang ubat bagi pelbagai
jenis penyakit.
SUJUD
Postur: Menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan
dahi pada lantai. Manfaat: Aliran getah dipam ke bahagian leher dan ketiak.
Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah kaya dengan oksigen boleh
mengalir maksimum ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang.
Kerana itu, lakukan sujud dengan tuma'ninah, jangan tergesa gesa agar darah
mencukupi kapasitinya di otak. Postur ini juga menghindarkan gangguan
buasir. Khusus bagi wanita, baik rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar
biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.
Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling
menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat
asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada
perbuatan bersujud ketika sembahyang:
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada
tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud
adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian
belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya
lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan
kelancaran perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih
baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah
dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita
bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar
daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah
dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan
sebagainya.
15. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan
sebagainya.
16. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan
menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening
kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali
gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak
dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya
dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam.
Wallahu a'lam.
TAKBIRATUL IHRAM
Postur: berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar telinga, lalu
melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah. Manfaat: Gerakan ini
melancarkan aliran darah, getah bening (limfa) dan kekuatan otot lengan.
Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh
tubuh. Ketika mengangkat kedua-dua tangan, otot bahu meregang sehingga
aliran darah yang kaya dengan oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua-dua
tangan didekapkan di depan perut atau dada bahagian bawah. keadaan ini
menghindarkan dari pelbagai gangguan persendian, khususnya pada tubuh
bahagian atas.
RUKUK
Postur: Rukuk yang sempurna bertanda tulang belakang yang lurus sehingga
bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tak akan tumpah.
Posisi kepala lurus dengan tulang belakang. Manfaat: Postur ini menjaga
kesempurnaan kedudukan dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai
penyangga tubuh dan pusat saraf. Posisi jantung sejajar dengan otak, maka
aliran darah maksimum pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di
lutut berfungsi relaksasi bagi otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu,
rukuk adalah latihan kencing untuk mengelakkan gangguan prostat.
IKTIDAL
Postur: Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua
tangan setinggi telinga. Manfaat: I'tidal adalah variasi postur setelah
rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bungkuk berdiri sujud merupakan
latihan pencernaan yang baik. Organ organ pencernaan di dalam perut
mengalami urutan dan pelonggaran secara bergantian. Kesannya, pencernaan
menjadi lebih lancar.
DUDUK
Postur: Duduk ada dua iaitu iftirosy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat
akhir). Perbezaan terletak pada posisi telapak kaki. Manfaat: kita bertumpu
pada pangkal paha yang disambungkan dengan saraf nervus Ischiadius. Posisi
ini menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan
penderitanya seperti tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik bagi
lelaki sebab tumit menekan aliran pundi kencing (urethra), kelenjar kelamin
lelaki (prostata) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan betul,
postur ini mencegah impotensi. Variasi posisi telapak kaki pada iffirosy dan
tawarruk menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan kemudian relaks
kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga. kelenturan dan
kekuatan organ-organ gerak kita.
SALAM
Gerakan: Memainkan kepala ke kanan dan ke kiri secara maksimum. Manfaat:
kelonggaran otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di
kepala. Gerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga kekencangan kulit
wajah. Beribadah secara, berterusan bukan saja menyuburkan iman, tetapi
mempercantik diri wanita luar dalam.
No comments:
Post a Comment