Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan betul, maka akan dianugerahkan
rezeki kepada kamu sebagaimana burung diberikan rezeki. Maka marilah kita
renungkan bagaimana Allah menganugerahkan rezeki kepada burung dan bagaimana
Allah membekalkannya dengan teknik yang baik sekali.
Allah telah memberikan kepada burung dalam gambar di atas teknik yang unik,
sehingga dapat memudahkan dirinya melihat ikan yang berada di dalam air dan
menentukan kedudukannya yang tepat dan melaksanakan semua hitungan yang
tepat untuk menangkap dan memastikan kejayaan pada masa menerkam.
Semua itu berlaku pada otak seekor burung yang kecil. Dan para ulama sangat
kagum dengan teknik hitungan yang tepat tersebut dan mereka berkata,
"Bagaimana mungkin alam memberikan kemampuan pada burung keistimewaan
tersebut?"
Kami sampaikan bahawa itu semua bukanlah alam yang memberikan, namun Allah
SWT yang telah berfirman, "Ialah (Tuhan) yang telah memberikan kepada
tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberinya petunjuk." (Surah
Taha: 50).
Maksudnya: memberikan akal, naluri (naluri) dan kudrat semulajadi untuk
kelanjutan hidupnya masing-masing.
Terdapat banyak lagi gambar-gambar yang menyeru orang-orang yang beriman
untuk memuji Pencipta yang Maha Kuasa!
- terjemahan dari republika.co.id
No comments:
Post a Comment