Labels

Tuesday, January 17, 2012

Subhanallah, keajaiban disebalik tidur

Dalam kajian baru-baru ini-yang diterbitkan dalam jurnal Nature Neuroscience
kumpulan saintis mendapati bahawa tidur pada malam hari tidak cukup untuk
manusia, tetapi harus ada tidur siang hari untuk masa yang singkat, satu
setengah jam, misalnya.

Para saintis telah mendapati bahawa otak sebenarnya merasa lelah di siang
hari akibat pengumpulan maklumat yang sampai kepadanya, sehingga prestasi
menjadi kurang berkesan dan dengan demikian memerlukan rehat sejenak. Rehat
ini bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan pengorganisasian
gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di siang
hari.

Oleh kerana itu, para saintis menegaskan pentingnya tidur malam hari atau
tidur sebentar siang hari dan bahawa pemberian rehat kepada otak ini akan
mengukuhkan ingatan. Mereka mendapati bahawa orang yang biasa tidur sebentar
di siang hari, prestasi ilmiahnya mereka lebih baik, dan kemampuan
mengingati sesuatunya akan lebih cepat.

Para saintis mengatakan, fenomena tidur adalah sebuah sebuah keajaban yang
layak direnungkan dan dikaji lebih dalam kerana ia merupakan fenomena
kompleks. Maha Suci Allah yang telah mengisyaratkan dalam kitab suci-Nya
Al-Quran tentang pentingnya tidur pada waktu malam dan siang hari, dan
menegaskan bahawa tidur adalah salah satu tanda kebesaran Allah dan keajaban
yang harus kita renungkan.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan
siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya
pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang
mendengar." (Surah Ar-Ruum: 23)

No comments:

Post a Comment