Labels

Thursday, February 2, 2012

pakcik dari kuala berang


02/02/2012

Dah guane awang makan sorang jer ke?
Dok eh..pok cik, ambe dengan orang rumah ambe tu ade depang duk ambik makanan nung…

Ooohh..ingat awang sorang saknim
Dah pokcik nim dari mane nak ke mana?

Pokcik ning awang eh… dari kuala berang gi kuantan umah adik bongsu pokcik pahtu pokcik mari air putih kemamang gi umah mak/anak sedara pokcik tapi dia seme takdok dumoh..
Pahtu pokcik mari masjid depan num (sambil tangan tunjuk ke arah masjid sultan ahmad)..pokcik tido situlah malam tadi, kata nya!

Tetiba bila bercakap dengan pakcik nim teringat pada ayah kita..selalu keseorangan ke sana ke sini..menyapa orang itu.. orang ini tak kira sesiapa yang dia jumpa asalkan boleh jadi teman berbual sambil berkongsi cerita walaupun orang tidak faham maksud disebalik cerita nya itu…

Usianya lebih kurang lewat 60-an.. asal Kelantan dibesarkan di bukit payung sekarang tinggal di kuala berang tempat dekat dengan batu bersurat.

Tanpa ditanya..dia memulakan ceritanya yang lebih kurang yang mana boleh jadi pengajaran bagi kita yang dikira masih muda dan mentah dalam kehidupan..
Ginilah awang.. hidup sebatang kara allah tu maha kaya katanya..pakcik nim kalau takdok penyakit boleh lagi wak kije sikit-sikit tapi pokcik nim ada “strok”…lelah
Pokcik bercerai dengan bini pokcik masa anak-anak pokcik masih kecik lagi dan pokcik tak ambik kisah dengan anak-anak pokcik…jadi sekarang ni semua dah besar dan tak ambik kisah pasal pokcik..
Pokcik redha dengan ketentuan allah dan pokcik tahu semua tu silap pokcik dulu..
Betul lah kata orang kalau takdok bini nim…hidup kita hanyut…hanyut dengan makna kita nak pergi mana tiada siapa ambik tahu bila kita keluar rumah bawa baju sehelai dua kalau seminggu..dua minggu tak balik rumah pun tiada siapa akan ambik tahu…rasa nak tido masjid pokcik tido masjid rasa nak balik pokcik balik..allah maha kaya pokcik tak minta sedekah dengan orang tapi pemberian orang cukup untuk kehidupan pokcik sekadar makan dan minum sahaja..

Itulah serba ringkas ceritanya..pengajarannya yang tuhan nak tunjuk supaya kita tidak mengabaikan anak-anak kita walau ape pun yang terjadi antara kita dan pasangan kita
Tak kesempatan  nak berborak lama sebab dah nak masuk pejabat..harap-harap pokcik ni balik dengan selamat ke kuala berang. Cukuplah dengan hadiah serba sedikit untuk hari ini sehingga ke kuala berang..

Wallahu’alam



No comments:

Post a Comment